Cari Pasangan
Bagaimana cara melanggan pelan Premium?
Semua langganan di myJodoh adalah bayaran sekali sahaja (tiada potongan berulang atau pembaharuan automatik). Sekiranya anda membeli pelan baharu semasa langganan sedia ada masih aktif, tempoh baharu akan ditambah secara automatik pada tarikh tamat semasa anda.
Cara Melanggan di Laman Web (/premium)
-
Log masuk ke akaun anda dan buka halaman Langgan myJodoh.
-
Pilih pelan yang diinginkan di bawah tab Pelan Akses (Plan Komunikasi atau Plan VIP) atau pilih tab myJPoint (/premium/myjpoints) untuk membeli kredit muat turun kenalan.
-
Pilih salah satu kaedah pembayaran yang disediakan:
-
Perbankan Dalam Talian (FPX) & Kad Debit/Kredit (melalui Billplz) Tekan butang Langgan untuk membuat pembayaran terus melalui bank pilihan anda. Langganan dan myJPoint (jika berkenaan) akan diaktifkan serta-merta secara automatik sebaik sahaja transaksi berjaya.
-
PayPal Tersedia untuk pelan terpilih pada halaman pembayaran. Langganan akan diaktifkan serta-merta selepas pembayaran disahkan oleh PayPal.
-
Bayaran Manual (Touch 'n Go eWallet QR / Pindahan Bank Maybank & DuitNow QR)
- Pilih pilihan Bayaran Manual pada halaman Langgan myJodoh.
- Imbas kod QR Touch 'n Go eWallet atau buat pindahan ke akaun Maybank (Dynamic Digital Design) menggunakan kod DuitNow QR / nombor akaun yang dipaparkan.
- Masukkan ID Pengguna (User ID) anda pada ruangan Rujukan (Reference) semasa membuat pindahan.
- Hantar resit bukti pembayaran berserta ID Pengguna anda melalui WhatsApp (ke nombor pembayaran yang tertera di skrin) atau emel ke bantuan@myjodoh.net.
- Bayaran manual akan disemak dan diaktifkan oleh pihak admin dalam masa 24 jam.
-
Cara Melanggan di Aplikasi Mudah Alih
- Buka aplikasi myJodoh, pergi ke tab Profil, dan ketik Naik Taraf ke Premium.
- Pilih pakej langganan atau myJPoint dan selesaikan pembayaran melalui Google Play Billing.
- Langganan akan diaktifkan secara automatik selepas pembayaran disahkan.
(Tip Penjimatan: Harga di dalam aplikasi mudah alih mengambil kira caj komisen platform Google Play. Anda boleh melayari www.myjodoh.net/premium melalui pelayar web untuk melanggan pada kadar harga laman web menggunakan FPX).
Adakah jawapan ini membantu?
Maklum balas anda membantu kami menambah baik kandungan bantuan.