Siapa Kami
myJodoh adalah portal pencarian jodoh pertama di Malaysia, dilancarkan pada November 2002 oleh saudara Azrul Alwi. Kini, myJodoh dikendalikan oleh Dynamic Digital Design [PG62574-K].
Perjalanan myJodoh
Pada Ogos 2003 — kurang setahun selepas dilancarkan — myJodoh berjaya menyatukan pasangan pengantin pertamanya. Majlis perkahwinan tersebut mendapat liputan media dan disambut meriah. Itulah titik permulaan sebuah legasi.
Sejak hari itu, myJodoh terus menjadi pilihan pelbagai golongan. Ramai yang mendaftar, dan ramai yang menemui jodoh. Alhamdulillah, sehingga hari ini myJodoh telah berjaya menyatukan ribuan pasangan.
Majoriti pengguna myJodoh adalah dari kalangan masyarakat Nusantara yang bertutur bahasa Melayu — dari Malaysia, Singapura, Brunei, dan Indonesia. Sebanyak 96% daripada mereka sudah bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri.
Kebanyakan mereka telah memiliki segala-galanya dalam hidup, kecuali seorang pasangan untuk melengkapkannya.
Nota: Sejak tahun 2004, myJodoh telah menghentikan penyiaran foto-foto pasangan yang bertemu jodoh atas sebab-sebab tertentu.
myJodoh Di Akhbar
← Leret untuk melihat lebih banyak →
myJodoh Untuk Siapa?
myJodoh sesuai untuk mereka yang serius mencari dan telah bersedia menerima pasangan hidup. Bujang, janda, balu, duda — semuanya dialu-alukan.
Serius mencari bermaksud benar-benar komited dalam pencarian pasangan hidup, bukan sekadar saja-saja atau main-main. Kemungkinan besar anda akan berkahwin dalam tempoh terdekat dengan seseorang yang juga sedang serius mencari.
Telah bersedia bermaksud benar-benar mampu menjadi pasangan hidup orang lain — contohnya, seorang lelaki perlu memiliki kemampuan kewangan yang sesuai, dan seorang wanita perlulah bebas dari sebarang ikatan perkahwinan yang sah.
Pengguna myJodoh mestilah beragama Islam atau mempunyai kecenderungan yang sungguh-sungguh untuk memeluk Islam.
Keselamatan Anda di myJodoh
Keselamatan Data & Maklumat Diri
myJodoh tidak mengumpul maklumat sensitif anda. Maklumat penting seperti nombor telefon dan butiran peribadi tidak akan dikongsi dengan pengguna lain tanpa izin anda.
Perlindungan Dari Dating Scam
Dating Scam atau Love Scam melibatkan kerugian wang beribu ringgit. myJodoh mempunyai kaedah tersendiri untuk menanganinya — pengguna yang disyaki terlibat penipuan akan dikesan dan dimasukkan ke dalam Senarai Bahaya. Pengguna wanita juga mempunyai kumpulan sokongan untuk berkongsi maklumat secara selamat.
Selfie Ketulenan
Seiring kemajuan teknologi AI dan deepfake, myJodoh mewajibkan
pengesahan selfie bagi semua pengguna berdaftar — untuk mengelakkan
penipuan identiti. Profil yang berjaya disahkan akan memaparkan ikon
sebagai tanda pengesahan.
Keselamatan Dari Laki Orang & Bini Orang
Kami akui, memang ada individu yang tidak jujur tentang status perkahwinan mereka di myJodoh — khususnya di kalangan pengguna lelaki. Dengan melanggan sebagai pengguna berbayar, anda akan diperkenalkan kepada komuniti myJodoh dan boleh berkongsi maklumat dengan pengguna lain jika anda mengesyaki sesuatu yang tidak kena.