Who we are


myJodoh adalah portal carian jodoh pertama di Malaysia yang telah dilancarkan pada November 2002 oleh saudara Azrul Alwi.

Pada Ogos 2003, laman web ini telah berjaya menyatukan pasangan pengantin pertama. Majlis perkahwinan tersebut telah mendapat laporan media dan telah disambut secara meriah.

Semenjak hari itu, myJodoh telah berjaya menarik perhatian pelbagai golongan. Ramai yang berdaftar, ramai yang bertemu jodoh. Alhamdulillah, myJodoh telah berjaya menyatukan beribu-ribu pasangan pengantin sehingga ke hari ini.

(myJodoh telah berhenti menyiarkan foto-foto pasangan yang bertemu jodoh semenjak tahun 2004 atas sebab-sebab tertentu.)

Majoriti pengguna myJodoh adalah pengguna nusantara yang boleh berbahasa Melayu yang berasal dari Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia. 96% pengguna myJodoh adalah dari golongan yang telah bekerja dan mempunyai punca pendapatan.

Kebanyakkan mereka telah memiliki semua perkara dalam hidup, kecuali seorang pasangan ..

myJodoh Di Akhbar myJodoh Untuk Siapa? Fungsi myJodoh Keselamatan di myJodoh Daftar Sekarang

myJodoh Di Akhbar


Berita Harian - 16 Januari 2003

Computimes Shopper - April 2003
(page 1)

Computimes Shopper - April 2003
(page 2)

Berita Minggu - 3 Ogos 2003 - Edisi Wilayah

Berita Harian - Berita Komputer - 5 Ogos 2003

Harian Metro - Pasangan Bahagia - 9 Ogos 2003

Harian Metro - Pasangan Bahagia - 9 Ogos 2003

Majalah Mingguan Wanita - Webmaster - 3 September 2004

NSTP - Computimes 4 Oktober 2004

Asian Wall Street Journal - 24 September 2004

Asian Wall Street Journal - 24 September 2004 (page2)

Kosmo Ahad - 22 Mei 2005

Kosmo Ahad - 22 Mei 2005

Kosmo Ahad - 22 Mei 2005

Kosmo Ahad - 22 Mei 2005

Bacaria 19 Julai 2006

Sunday Times 27 Jun 2010

myJodoh Untuk Siapa?


myJodoh sesuai untuk mereka yang serius mencari dan telah bersedia menerima pasangan hidup. Bujang, janda, balu, duda semuanya dialu-alukan.

Serius mencari di sini bermaksud mereka yang benar-benar serius di dalam pencarian pasangan hidup. Bukan main-main atau saja suka-suka. Berkemungkinan anda akan berkahwin dalam tempoh terdekat juga dengan orang lain yang sedang serius mencari.

Telah bersedia pula bermaksud mereka yang benar-benar mampu menjadi pasangan hidup orang lain. Contohnya seorang lelaki perlu memiliki kemampuan kewangan yang sesuai dan seorang wanita perlulah bebas dari sebarang ikatan perkahwinan.

Umur minimum menyertai myJodoh ialah 18 tahun dan tiada had umur maksimum. Kahwinlah sekiranya anda mampu dan perlu. InsyaAllah sistem myJodoh boleh membantu.

Pengguna myJodoh mestilah beragama Islam atau cenderung ingin memeluk Islam.

Bagaimana myJodoh Berfungsi

Bagaimana myJodoh Berfungsi


Pertama yang perlu anda faham ialah, myJodoh bukan ejen mencari jodoh. myJodoh tidak akan mencari jodoh untuk anda, tetapi myJodoh mempunyai pakalan data besar mereka yang sedang mencari pasangan hidup. Sistem myJodoh dapat membantu anda mencari pasangan hidup melalui DUA kaedah berikut:

Kaedah 1 : Anda Cari

  • Anda daftar di myJodoh dengan melengkapkan semua butiran.
  • Anda lakukan carian di dalam pangkalan data melalui ruangan yang disediakan. Antaranya carian melalui kriteria, senarai pengguna sedang online, senarai terkini, senarai popular dan lain-lain. Anda boleh melihat maklumat diri pengguna lain dan membuat penilaian.
  • Jika difikirkan sesuai, anda boleh menghantar pesanan peribadi kepada si dia. Jika dia membalas, maka anda boleh meneruskan perkenalan. Jika tidak, cari saja lain.
  • Mungkin setelah tempoh masa tertentu berkenalan, anda dan si dia melangkah ke peringkat yang lebih serius iaitu ikatan pertunangan dan perkahwinan.

Kaedah 2 : Cadangan Sistem

  • Anda daftar di myJodoh dengan melengkapkan semua butiran.
  • Anda hanya semak emel anda setiap hari untuk menantikan cadangan daripada sistem myJodoh.
  • Jika difikirkan sesuai, anda boleh menghantar pesanan peribadi kepada si dia. Jika dia membalas, maka anda boleh meneruskan perkenalan. Jika tidak, cari saja lain.
  • Mungkin setelah tempoh masa tertentu berkenalan, anda dan si dia melangkah ke peringkat yang lebih serius iaitu ikatan pertunangan dan perkahwinan.

Keselamatan Anda

Keselamatan Anda di myJodoh


Keselamatan Data dan Maklumat Diri

myJodoh tidak mengumpul maklumat sensitif anda. Maklumat-maklumat penting seperti nombor telefon dan butiran anda tidak diberikan kepada pengguna lain kecuali dengan izin anda.

Keselamatan Dari Dating Scam

Dating Scam atau Love Scam adalah sejenis bentuk penipuan yang melibatkan wang yang bernilai ribuan ringgit. Rata-rata mangsa adalah pengguna wanita berkerjaya yang kesepian. Menurut laporan media tempatan penipuan sebegini didalangi oleh sindikit tertentu. Ia boleh berlaku di mana-mana media sosial.

Justeru itu, myJodoh mempunyai kaedah tersendiri untuk menangani isu sebegini. Pengguna wanita myJodoh mempunyai support group yang berkongsi maklumat. Jika wujudnya individu yang terlibat dengan penipuan, ia akan segera dikesan dan diwar-warkan untuk keselamatan bersama. Individu berkenaan akan dimasukkan ke Senarai Bahaya.

Keselamatan Dari Laki Orang & Bini Orang

Kami akui memang terdapat invididu yang menipu status perkahwinan mereka di myJodoh, khususnya pengguna lelaki. Dengan melanggan sebagai pengguna berbayar anda akan diperkenalkan ke komuniti myJodoh dan anda boleh berkongsi sesama pengguna lain sekiranya anda mengesyaki sesuatu.

Daftar Sekarang
Telegram myJodoh

Sertai Channel telegram myJodoh dapatkan info terkini tentang pengguna yang menyertai myJodoh.

Sertai Sekarang
Apps Android myJodoh

Muat turun apps myJodoh di Google Play Store. Memudahkan anda mengakses myJodoh melalui telefon bimbit.

Muat Turun
Tentang myJodoh

myJodoh telah berada di internet sejak tahun 2002 dan merupakan portal mencari pasangan hidup pertama di Malaysia.

Klik sini untuk maklumat lanjut

Hubungi myJodoh

  bantuan@myjodoh.net